Memaparkan catatan dengan label MACC-student. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MACC-student. Papar semua catatan

Selasa, 22 Disember 2009

Kadang-kadang II

Kadang-kadang


Adakah aku akan menjadi orang paling kejam di dunia?
Kerana??
1. Aku tidak suka KAMU yang sifat negatifnya terlampau!!!sampai membawa aku sama ke dunia negatifnya.. Arggghhhhh…kenapa???
2.Aku tidak suka KAMU yang sifat tidak pandai berdikarinya terang-terangan..sehingga hidup senantiasa perlu bergantung kepada orang lain..Arggghhhh…kenapa???
3. Aku tidak suka KAMU yang tidak tahu adab..sampai mencemar dan merobek nama bangsaku..huh!!! Kenapa??
Aku mahu kau tahu, andai kamu tanya;Kenapa??
Lalu akan ku jawab ; Ya, buat masa ini, aku terlalu membenci KAMUUUUUU ..…


>Andai aku adalah KAMU
Astargfirullah..Maafkan aku Ya Allah..Maafkan aku 'KAMU'..Maaf...

Isnin, 21 Disember 2009

Buat Teman Seperjuanganku - Ikhlas Dari Hati...


Assalamualaikum w.b.t.


Buat Kak Wardah sayang, semoga dirahmati Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang senantiasa dan tak pernah putus melimpahkan rahmat dan kurniaanNya kepada kita hambaNya yang hina ini. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w.
Terdahulu, saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata-kata saya nanti akan mengundang ketidakselesaan dalam hati akak. Saya akui saya masih muda dan sangatlah cetek pengalaman saya berbanding akak. Harap akak dapat maafkan saya. Oh ya, minta maaf juga tak balas mesej-mesej akak ya. Sesungguhnya, bukan saya tak nak balas, tapi ia membuat saya berfikir dan berfikir…


Dalam menghadapi masalah ini kak, cuba positifkan diri, sesungguhnya kita akan lebih bahagia walau kita gagal sekalipun . Dare to Fail!!kenalpasti emosi-emosi negative yang menguasai diri anda selama ini. Tukar emosi tersebut menjadi positif sebagai proses mengubah haluan hidup. Lepas itu,saya percaya kita akan berjaya.


Setakat ini,akak masih frust dengan result semester 1? Akak tension?? Akak dapat B+ kan untuk electronic,saya pun sama B+. Kalau ikutkan hati kak, saya pun frust juga mula-mula. Tension, sakit jiwa, sakit hati, takut, semua ada la. Tapi tak ada la sampai nak berhenti. Saya muhasabahkan diri saya, memahami keadaan, mencari diri. Sebenarnyakan kak, kita jadi macam itu sebab kita selalu compare diri kita dengan orang yang lebih daripada kita. Saya faham, siapa yang tidak terasa tempias jika kawan sendiri dapat lebih baik dari kita?Lansung dapat  pangkat dekan this sem,  ini mendownkan kan kita. MasyaAllah akak, akak nampak tak di sini Allah sedang menduga  Iman kita dengan orang yang rapat dan baik dengan diri kita.


Allahuakhbar, dia sedang menduga kita, adakah kita bersyukur kepadaNya?? Dengan melihat kawan kita yang lebih hebat daripada kita, kita jadi marah,putus asa, tidak berpuas hati, sedangkan kita telah berusaha sedaya upaya, malah mungkin lebih banyak usaha kita berbanding kawan itu, tapi apa yang kita dapat kita tak rasa berbaloi? Pernahkah terfikir sebegitu dalam diri kita? Akak saya tak tahu, tapi saya pernah. Saya akui. MasyaAllah, betapa teruknya diri saya ini…


Bila difikirkan begitu, nampak tak sebenarnya kita sedang menyalahkan qada’ dan qadar? Siapa yang menentukan qada’ dan qadar tersebut?? Allah subahanahuataala, Tuhan Yang Maha Mengetahui. Kenapa kita tak bersyukur?? Cuba kita bandingkan dengan kawan-kawan yang lain, Melly, Kak Nati,  pointer mereka this sem 2.8++(kalau tak silap la, dia cakap cukup makan je), kak Sheila, Rosli, Abg Anuar, Soleh, semuanya, bukan dapat dekan dan result masih berada dalam lingkungan 3.0, walaupun dia lebih kita kurang, atau sebaliknya.Teruk sangatkah result kita berbanding yang lain?? Entah la.. Cuma saya tak ambil tahu pasal mereka, saya pun tahu sikit-sikit je selepas mereka yang beritahu kepada saya.  Tidak pula saya bertanya lebih lebih sebab saya tidak mahu orang tahu saya lebih-lebih.Huhuhu..


Ini dugaan kita kak Wardah.Saya pernah terbaca kak, sesungguhnya Allah memberikan dugaan yang bertimpa-timpa kepada hambaNya, sebab dia nak hambaNya itu sentiasa sayang kepadaNya, memerlukanNya sentiasa, ada bersamaNya sentiasa. Seandai kita berjaya, kita seronok sangat, sombong dan riak, hah, tak ke neraka jalan kita kak? Nauzubillah…Sesungguhnya, Allah itu Maha mengetahui, dia tahu apa yang terjadi kepada kita baik yang sebelum mahupun akan datang. HikmahNya dia menduga kita sebegini, kita tak dapat nak iktiraf dengan mata kasar. Astagrfirullah hal azim, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu.


Disini saya akui, saya bukan sesiapa untuk berhujah sebegini untuk akak, umur masih setahun jagung dan banyak perkara saya tak tahu. Kesulitan yang akak alami sekarang mungkin totally berbeza dengan keadaan saya sekarang dan saya tidak salahkan akak jika akak rasakan saya tidak sepatutnya berbicara sebegini dengan akak. Setiap orang ada masalah kak. Saya, masalah bertimpa-timpa dalam diri ,kerja ( Alhamdulillah saya masih mempunyai pendapatan sendiri untuk membiayai pengajian ini),kewangan(keluarga saya tidak kaya kak, ayah saya gaji hanya separuh daripada gaji saya sekarang, saya ada 8 orang adik beradik, saya anak kedua, hari-hari saya fikir apa jasa saya unutk ibu bapa selama ini. Setelah hampir 1tahun saya tak dapat kerja tetap, saya hanya nampak dengan MASTER saya dapat meningkatkan keluarga saya, jadi saya cuba dan cabar diri saya sendiri) , dan banyak lagi kak, tapi saya tidak pandai untuk meluahkannya,saya hanya tahu bagaimana untuk memendamnya..


 Jadi untuk ini, bila terjadi semua ini, jika akak masih rasa untuk berhenti dari perjuangan ini, saya tak ada hak untuk menghalang, tapi saya harap  akak berbaliklah kepada tujuan asal akak mengambil  Master ini;
-          Adakah sebagai satu bonus untuk naik pangkat?
-          Dorongan daripada keluarga
-          Menyahut seruan Rasulullah dalam mendalami illmu. Ia lah kan, pepatah mngatakan, ‘belajarlah kamu hingga ke negeri China”
-          Satu peningkatan dalam hidup? Ini sesuatu yang disukai Allah, jangan lupa belajar juga merupakan satu jihad bagi Allah kerana kita berjuang untuk keluar daripada belengu kejahilan di dunia kita. Ganjarannya, subahanallah, maha  besar. Saya percaya akak tahu ini.

Dan sebelum akak buat keputusan, akak fikirlah:
-          Kita sudah berjaya menempuh semester 1, semester kedua ini lebih mencabar. Namun senior ramai yang berjaya menempuhinya, akak nak berhenti separuh jalan??
-          Mungkin kewangan tidak menjadi masalah buat akak, tapi nanti kalau suatu hari, akak rasa menyesal tak untuk tidak meneruskan pengajian ini?
-          Bagaimana tanggapan anak-anak akak bila mereka sudah meningkat dewasa nanti? atas semangat juang akak pada masa ini?

Oleh itu saya harap akak fikirlah, bincang dengan suami akak. Buat solat ishtiqarah. Setelah itu, apa sahaja keputusan akak, pasti akak akan tenang dan tidak menyesal atas apa yang berlaku. Sesungguhnya, TIADA KEJAYAAN YANG GRATIS, Segala apa yang kita kejar dalam hidup, sememangnya selalu menuntut  ‘bayaran’ ataupun pengorbanan.

Sekian dulu buat waktu ini kak.Mohon maaf sekali lagi andainya saya mengguris hati akak. Bukan apa, saya dah anggap akak macam kakak saya sendiri, kita perlu berdiri bersama-sama(belajar), tak seiring pun tak apa (result kita), asalkan haluan dan tujuan kita sama, mencapai segulung ijazah majlis konvokesyen nanti. Apa-apa pun keputusan akak, jangan lupa beritahu saya ya. Saya harap saya tak perlu reschedule projek Robotic kita…J
Sekian,wassalam

Tulus ikhlas dari,
Juga pelajar sepertimu…

Jumaat, 4 Disember 2009

Satu nikmat...

Satu kenikmatan luar biasa bila dapat menolong, buat baik, dan menghargai orang lain, itu sudah cukup!
Untuk di hargai, itu semestinya bukan urusan ku.

Aku sedar, diri bukan sesiapa
Tidak secemerlang matahari memantulkan sinarnya
Tidak seyakin helang melebar sayapnya
Tidak mampu berdiri seteguh KLCC
Tidak secantik bunga berkembang di taman
Tidak semegah pelajar dekan menerima gulungan ijazahnya

Aku bukan pencerita yang baik
Aku sudah ‘tidak mahu’ menjadi pendengar terbaik?

Mengapa?
Aku juga mempunyai masalah yang tidak mampu aku luahkan kepada sesiapa. Aku tahu aku kena luahkan, namun aku tidak mahu membebankan orang, kerana aku tahu bagaimana orang akan terbeban dengan masalah aku..

Mengapa?
Masih berpunca dariku? Aku menolong orang, aku buat baik dengan orang lain, aku menghargai orang yang berbuat baik untukku, itu sudah satu kenikmatan yuang luarbiasa untukku!! Untuk dihargai atau tidak, itu bukan tujuanku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku meneruskan niat murni aku ini. Aku memerlukanMu dalam mengharungi dugaan ini, sungguh - sungguh dan benar aku ingin menolong orang lain.

Aku tidak mampu untuk menghalang orang lain untuk bersangka dengan aku tika naluri kebertanggungjawaban aku ini disalah sangka oleh sesetenga pihak.

Tercalar sikit naluri ku ini.Tapi aku perlu kuatkan hati, aku tak akan merosakkan susu aku kerana nilai setitik, dek kerana ia setitik aku perlu membuang susuku setempayan. Aku masih akan minum susu itu, kerana bukan senang untuk aku mendapatkan setempayan susu. Dan aku pasti, aku tak akan mati kerana terminumnya. Ajal maut hanya dariMu ya Allah…

Wahai hati, janganlah kau bersedih!! (air mata disapu) titik...





Sabtu, 14 November 2009

Berlalunya semester 1

assalamualaikum...


lama juga ya tak jenguk blog ku ini..huhu..busy ngalahkan menteri org kata...Pejam celik pejam celik dah masuk semester dua aku ya..cepat betul masa berlalu..tapi kalau diimbau kembali semester lepas, banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui dengan jayanya. Buktinya bukan hanya melalui keputusan yang ku perolehi, tapi juga pada dalaman diriku sendiri.aku lebih mengenali diri..


"eh, aku kena cepat ni"
"ini aku tak pernah buat ni, macam mana?"
"mak ai...biar betul tak kan present sorang-sorang, speaking lak tu!!!!"
"hah??!!..ok..k..think..think..think.."


itu antara quotation yang sering terlepas dari mulutku..emm..tapi itu tak kira intonasi, tingkahlaku, expresi wajah ku lagi (senyum)....Banyak perkara sebenarnya yang aku rasa memang something impossible to do, but i did it!! Alhamdulillah, aku berjaya. Semua ini takkan berjaya kutempuh tanpapertolongan dari-Nya..Aku bersyukur sangat-sangat. Aku berjaya menerobosi sempadan diri (tidak sepenuhnya lagi) dengan bantuan dari-Nya.





Aku selalu kuatkan hati, "sesungguhnya Allah akan menduga HambaNya itu dengan dugaan yang setimpal untuk diri mereka"..Aku pegang, aku semat dihati. Tatkala aku lemah, ku segera memohon pertolongan daripadaNya, dan sesungguhnya tiada yang lebih memudahkan melainkan Allah, yang memudahkan segala-galanya. Sesungguhnya ku akui kasih sayang dan rezeki yang dilimpahkan kepada diriku, melimpah ruah...Cuma aku saja terkadang lalai dan tidak bersyukur..astargfirullah...

Lantas timbul dibenak fikiranku, aku sangat bertuah, aku terpilih, aku ditntukan untuk menyambung MASTER ini agar aku elbih dekat, lebih kasih, lebih sayang kepadaNya...
Terima kasih ya Allah.

Rabu, 22 Julai 2009

MAcc - GSB UKM

Masuk hari ini, hampir tiga minggu jugalah aku menjalani hidup sebagai pelajar lagi. Emm.. Apa ya yang boleh aku katakan? Hari itu, masih pra - siswazah (mat saleh cakap undergraduate), berkobar-kobar ni nak kerja, dah tak larat nak belajar la... Huhu..alik-alik aku di sini lagi.. Ini la, tiada yang Maha Mengetahui melainkan Allah, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Menjadi seorang pembantu penyelidik dan pelajar dalam masa yang sama tetap ada "pro and cons" (ayat mat sallelh lagi ni..huhu)nya. Walaupun kerjaya aku dalam bidang penyelidikan, tapi aku bidangku lebih meluas kepada bahagian pengurusan dalam penyelidikan itu sendiri. dan kalau nak tahu lebih, kena 'search on own inisiative' la ya.


Lagi satu, sebagai siswazah GSB-UKM, aku akui ianya bukanlah sesuatu yang mudah. (Tapi aku suka!!).. Setiap hari bagi aku adalah peperiksaan akhir dan aku kena "bangun"kan akalku yang kurang bergiat untuk pembelajaran hampir 11 bulan lepas(nasib baik bukan 11 tahun ya). Setiap hari, setiap minggu, perlu berhadapan pelbagai material akademik, latihkan diri untuk 'presentation' setiap minggu jadi speaker, 'assigment' setiap minggu..Pergh..MANTAP!!!



Tak hairanlah, senior aku seorang ini boleh turun berat sampai 3kg dalam sebulan..(huhuhu..petua kuruskan badan ke?)..Aku? Medical check-up pun tak buat lagi, tapi dalam 3 minggu ni, dua kali dah aku demam, terkejut kot, baca satu artikel, sampai bermalam-malam tak tidur..Huhuhu, kesian tilam ku.. Tapi yang seronoknya 'Master' ini, aku dapat kenal ramai kawan baru, yang mempunyai banyak pengalaman bekerja. Jadi, inilah masanya! Aku akan kejar cita-cita aku! Buat masa ini, lagu tema yang sesuai dengan ke'huru-hara' an hidupku ini adalah....JIWA KELAJUAN-nyanyian HUJAN!!!