Memaparkan catatan dengan label love story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love story. Papar semua catatan

Ahad, 19 Julai 2009

buku, lift dan kamu...aku???

Part II: Mungkinkah Bersama

Memori dulu masih ku ingati,
Sekadar ingatan yang masih dihati
Hati teringin akal tak sudi
Melayan benda yang tak mungkin terjadi

Namun memang Dia Maha Berkuasa
Semua perkara boleh terjadi
Kamu ku jumpa di DP Bestari
Peperiksaan kita sama hari
Hati berbisik, gembira sekali
Namun akalku masih mencari
Logikalnya aku megikut hati
Ah! Ini peluangku hanya sekali
Ikut hati tak mungkin aku mati

Dalam keramaian aku melangkah
Simpan buku, alasanku pada teman
Aku lalu di hadapannya
Namun kamu tidak perasan
Yang aku cuba menarik perhatian
Aku cuba menghampiri,
Namun kami ‘lari’ terus ke belakang

Hati merundum, akal berpesan
Mungkin kamu ingin tumpukan peperiksaan
Aku tersenyum seraya meyimpan
Rasa hatiku ini masa akan datang

Masuk dewan aku teruja
Ternyata kita satu barisan
Aku di kiri, kamu di kanan
Baru ku tahu, fakulti yang sama
Kita ditakdirkan

Sambil menjawab, aku melirik
Manalah tahu kamu menjeling
Ternyata kamu memandang sekeliling
Jiwa gundah jelas terpamir
Aku menjawab laju ‘berenjin’
Tapi kamu resah berdingin
Melihat teman laju menulis
Doaku panjatkan moga kamu dapat hidayah
Dapat menjawab betul dan tepat
Aku juga terus menjawab
Sehingga masa akan tamat

Dua jam sudah, satu jam lagi tamat
Aku sudah habis menjawab
Kawanku sudah ramai keluar
Namunku masih menunggu
Kamu tatap pada ku
Jawapan diisi aku semak
Sesekali terasa kamu memandang
Hati gembira Senyum tersemat

Bila kita bertemu pandang
Kamu tersenyum, aku menahan rasa
Bimbang di kata terlebih perasan
Lagi setengah jam, aku tekad
Keluar dewan yang sejuk amat

Jiwa perasan kamu memandang
Tapi ku kaku, tiada balasan
Duduk diluar, menunggu teman
Masih didalam, aku beralasan

Habis masa, kawan ku keluar
Kamu mencari aku perasan
Tapi mengapa aku pula yang cuba menghilang?
Ah! Aku berkata, ianya tidak akan kekal
Aku hanya menaruh harapan
Tak habis-habis perasan seorang
Rasa hati, biarku simpan
Memori kita, masa peperiksaan

Rona Salviosa (27082006)

Rabu, 17 Jun 2009

buku, lift dan kamu...aku???



Part 1:Buku , Lif dan Kamu

Tidak ku duga
pertemuan kita sebegitu rupa
agak manis, lucu pun ada
waktu itu, kita sama-sama belajar
kejar masa, untuk membaca
kejar masa, tak nak naik tangga
lif yang ada kita guna bersama

Aku memegang setimbun buku
kamu hanya menyeluk saku
lif terbuka, aku masuk dulu
entah dari mana kamu datang meluru
terlanggar aku, yang jatuhnya buku
aku terkejut, buku ku kutip
kamu sama turut membantu
‘mohon maaf’ tinta bibirmu
aku tersenyum menganggap lucu
hairan pula engkau melihatku
aku mengangguk, tenang pula tu

Lif terbuka lagi
untukku keluar sudah pasti
aku melangkah, kaki mu seiring
kamu macam nak berebut lagi
aku berhenti, tak ingin berulang lagi
namun kamu undur ke tepi
mempersilakan aku, keluar pergi
aku tersenyum, melangkah kaki

Namun langkahku bukan sendiri
kamu turut ikut sekali
tanpa disedari kamu dibelakangku
aku maju melangkah laju
berhenti seketika mencari teman ku
tiba-tiba kamu lalu disebelahku
bagai angin ditiup bayu
kamu berlalu tanpa menoleh ku
tapi senyuman jelas dibibirmu
aku pula merasa sesuatu…

Bersambung….
-rona salviosa-(August 26 2006)