Sabtu, 14 November 2009

Berlalunya semester 1

assalamualaikum...


lama juga ya tak jenguk blog ku ini..huhu..busy ngalahkan menteri org kata...Pejam celik pejam celik dah masuk semester dua aku ya..cepat betul masa berlalu..tapi kalau diimbau kembali semester lepas, banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui dengan jayanya. Buktinya bukan hanya melalui keputusan yang ku perolehi, tapi juga pada dalaman diriku sendiri.aku lebih mengenali diri..


"eh, aku kena cepat ni"
"ini aku tak pernah buat ni, macam mana?"
"mak ai...biar betul tak kan present sorang-sorang, speaking lak tu!!!!"
"hah??!!..ok..k..think..think..think.."


itu antara quotation yang sering terlepas dari mulutku..emm..tapi itu tak kira intonasi, tingkahlaku, expresi wajah ku lagi (senyum)....Banyak perkara sebenarnya yang aku rasa memang something impossible to do, but i did it!! Alhamdulillah, aku berjaya. Semua ini takkan berjaya kutempuh tanpapertolongan dari-Nya..Aku bersyukur sangat-sangat. Aku berjaya menerobosi sempadan diri (tidak sepenuhnya lagi) dengan bantuan dari-Nya.





Aku selalu kuatkan hati, "sesungguhnya Allah akan menduga HambaNya itu dengan dugaan yang setimpal untuk diri mereka"..Aku pegang, aku semat dihati. Tatkala aku lemah, ku segera memohon pertolongan daripadaNya, dan sesungguhnya tiada yang lebih memudahkan melainkan Allah, yang memudahkan segala-galanya. Sesungguhnya ku akui kasih sayang dan rezeki yang dilimpahkan kepada diriku, melimpah ruah...Cuma aku saja terkadang lalai dan tidak bersyukur..astargfirullah...

Lantas timbul dibenak fikiranku, aku sangat bertuah, aku terpilih, aku ditntukan untuk menyambung MASTER ini agar aku elbih dekat, lebih kasih, lebih sayang kepadaNya...
Terima kasih ya Allah.

Jumaat, 13 November 2009

Susah atau diSusahkan???

Terharu, sebak dihati
Aku tak suka menyusahkan
Lantas aku tak suka disusahkan
Aku tidak suka buat kerja berulang kali atas kesilapan orang lain
Aku 'jammed' bila berurusan dengan orang yang tidak tahu bekerjasama
Aku 'tension' bila aku tidak dapat nak kawal keadaan
Aku tidak suka menyusahkan dan disusahkan...
Titik...






Rabu, 19 Ogos 2009

Salam Al-Mubarak...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, I nsyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.


Rabu, 12 Ogos 2009

Teamwork...

Hidup ini penuh dengan ketidakpastian, kita tak tahu apa yang akan belaku akan datang. BAIK atau BURUK, GEMBIRA atau SEDIH...kita perlu hadapinya (such a part in contigency theory).. Dalam konteks kerja berkumpulan, pasti kita akan merasa amat kecewa, bila kita berusaha bersungguh-sungguh tapi teammate kita pula buat cincai je, lansung pengakhirannya tidak seperti yang kita impikan, pasti kita amat kecewa. (Menangis dalam diam, uhuhu...parah hatiku...). Tapi bila difikirkan balik, inilah dunia, tiada yang akan sempurna tanpa pertolongan dariNya. Oleh itu, kalau kita usaha banyak manapun, kalau Allah dah takdirkan tidak seperti yang kita rancang, kita harus Redha. Pasti! Aku percaya! Hikmahnya lebih besar daripada apa yang aku rancangkan....


Buat masa ni, selain daripada tenangkan diri dengan halwa bacaan KALIMULLAH, aku menghayati lagu ini...Terima kasih kerana sudi berkongsi...


"menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah surga, bersukurlah pada yang kuasa,cinta kita di dunia selamanya...
cinta kepada hidup, memberikan senyuman abadi, walau ini kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita"

Khamis, 6 Ogos 2009

Hadiah untuk Papa

suatu pagi, ditepi kuala...


seorang anak telah siap sedia untuk ke sekolah,
anak: "Papa, orang nak pergi sekolah dah ni.."(menunggu ditepi pintu, telah siap berkasut)
papa: " ok, pergilah", (jawab papanya sambil menghirup kopi yang masih berasap).
anak: " nak salam",(anak menghulur tangannya, masih berdiri ditepi pintu. Lalu si mak pun datang, memimpin anak bongsunya yang masih terkebil-kebil ke bilik air)
mak: "abang...anak nak pergi sekolah tu, cepatlah salam..Dah la orang tu nak cepat,"
papa: "oh ok, sekejap,"(cawan kopi diletak, papa bangun mendekati anak, tangan dihulur, disambut kejap. Anak memandang papanya lagi)
anak: "orang nak pergi dah ni papa, "
papa: "hah, pergilah,"(namun si anak masih berdiri di situ, menggesel-gesel kakinya ke lantai tangga yang sudah usang itu, papa hairan, bertanya lagi)
papa: "pergilah nak," (perlahan-lahan si anak memalingkan badannya, melangkah kaki, si mak yang baru keluar dari bilik air, mencelah lagi)


ibu : "eh abang! dah bagi ke duit kat budak tu?"
papa: "duit? duit belanja, kan abang dah bagi kat awak semalam? Apa kamu tak bagi kat dia?"
ibu: " amboi abang ni, duit sebanyak RM50 tu mana cukup? saya lepas bagi kat budak-budak ni semalam, beli barang dapur lagi, mana cukup bang. Amin tunggu!!" (si ibu cuba mengingatkan belanjawan mereka kepada si papa. Anaknya yang telah melangkah tadi, terdiam mendengar panggilan ibunya.)
papa: "mak ai, hari-hari RM50 keluar, kalau seminggu dah RM350, sebulan? Tak ke RM1400!!Saya ni kerja bawa lori je tau, kamu cuba berhemah sikit,""
mak: " dah tu, nak buat macam mana, dah kita memang banyak belanja.Anak-anak ni, takkan tak nak bagi makan?!"
papa: " eeee..kalau susah-susah sangat, tak payah la pergi sekolah. belajar pun bukan pandai.habiskan duit aku je," (rungut si ayah, sambil menarik tuala untuk mandi)
mak: " abang, bagi la dulu duit kepada Amin ni nak ke sekolah,"(rayu si mak, tangannya pantas menggosok badan si bongsunya yang masih basah.)


papa: "hish, kamu semua ni, kalau sehari tak menyusahkan aku tak sah ya?, nak amibil ni, ini je yang papa ada, papa dah tak ada duit lain, haiiii" rungut si papa lagi
anak: " terima kasih papa,"duit diberi diterimanya dengan perasaan sedih. setelah bersalaman dengan ibunya yang masih berserabai rambutnya, si anak melangkah menuju ke sekolah. Dalam hatinya terfikir; "papa tak sayang kami adik-beradik ke?" terasa mutiara hangat menitis dipipinya, lantas disapu dengan lengan bajunya. kakinya melangkah laju, tanpa henti sehingga pintu kelas batu di masukinya 15 minit lagi...


bersambung....